Pihak berkuasa berjaya tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu, mengagihkan bekalan dan menawarkan sokongan perubatan kepada penduduk berdepan bencana itu.
Hujan lebat dilaporkan melanda kawasan Andes, Amazon, dan lembah Bolivia tengah pada minggu lalu.
Perkhidmatan Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan memaklumkan paras hujan Februari telah jauh melebihi paras dalam sejarah, terutama di La Paz dan Potosi.
Bolivia mengisytiharkan darurat pada 28 Feb selepas Sungai Acre melimpah, memaksa 570 keluarga dari 14 komuniti meninggalkan rumah menuju tempat perlindungan.
Reliefweb melaporkan pada 1 Mac, banjir kali ini bertambah buruk akibat fenomena El Nino dan setakat ini telah meragut 40 nyawa serta melibatkan lebih 15,000 keluarga di seluruh negara.